Muktamar Pas Jadi Tumpuan
KUALA LUMPUR - Muktamar Tahunan Pas Kali Ke-58 akan membuka tirainya malam esok dengan muktamar tahunan Dewan Pemuda di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI, Kota Bharu.
Muktamar Pas kali ini menjadi tumpuan berikutan pelbagai isu yang melumuri parti itu sejak tahun lalu termasuklah soal pemecatan bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali, kerjasama dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP serta isu pelaksanaan hukum hudud.
Ramai pemerhati politik melihat, muktamar Pemuda yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu dikatakan bakal menjadi momentum kepada perjalanan muktamar induk.
Ia memandangkan muktamar Pemuda Pas secara rekodnya dilihat begitu lebih agresif dalam membangkitkan pelbagai isu yang melanda parti tersebut terutama perkara-perkara boleh menjejaskan kredibiliti Pas di mata rakyat.
Sumber - Utusan Malaysia, 13 November 2012
0 ulasan: