Istanbul Aku Datang : Teruskan Legasi Bernard Chauly
Istanbul Aku Datang. Melihat pengarahnya Bernard Chauly yang juga membuat Gol&Gincu dan Pisau Cukur maka sedikit sebanyak kita dapat mengagak bagaimanakah rupa bentuk filem Istanbul Aku Datang. So semalam kami berpeluang untuk menonton filem ini. Jadi kalau nak tau best ke tidak Istanbul Aku Datang, jom layan review kami.
Sinopsis :
Dian (Lisa Surihani) berperanan sebagai overly-attached girlfriend disini, dimana beliau dengan gigih telah merancang untuk pergi ke Istanbul bagi melawat boyfriendnya Azad (Tomok) yang sedang belajar medic. Sepanjang lawatan itu, dia merancang untuk buat Azad propose dia.
Tapi ia tidak selancar yang disangka dimana Lisa hadapi masalah cari rumah sewa. Dia kena tipu hingga terpaksa stay serumah dengan Beto. Pelbagai masalah lagi terhasil dan diakhir cerita ia telah disetelkan dengan sangat sweet sekali…hoho….nak tau apa yang sweet tersebut? Sila tonton Istanbul Aku Datang…
Apa yang best filem ni?
Jalan cerita memang agak klise bagi filem orang putih, tp tak ingat pula ada filem Malaysia yang sebegini. So, enjoy juga tengok Malaysian version. Then pilih pula Istanbul instead of London, UK, Mesir, Korea yang dah boring tu.
Pelakon pun best especially Beto. Mula2 cerita ni adalah focus pada Tomok and Lisa. So time tu kita pikir eh tak padan lansung la Lisa dengan Tomok. Tapi bila Beto masuk dalam cerita ni, kita akan, oh rupanya Tomok yang tak seswai belakon filem neh.. haha..
Tomok – Muka jantan sendu new boyz ni adalah pelakon baru. So memang kualiti lakonan tu agak lemah la. Walaupun dia lagi tua dari Lisa, tp muka dia cam sangat jambu so rasa weird bila time babak jerkah2 or marah2 tu…xseswai…Nampak Lisa lebih tua disitu…suggestion saya lebih baik amek Que ke, or sape2 yang berusia sikit klau nak padankan dengan Lisa. Tomok sesuai ngan heroin yang muda2 je.
Lisa – awal2 bila dia dok cintan dengan Tomok, terasa Tomok sangat muda dan dia sangat tua. Kami rasa pengarah patut ambik wajah2 yang lebih muda cam Izara ke. But then watak gedik /sedih ni sebenarnya susah juga. Maya Karin pun pernah fail dalam Pisau Cukur. Fazura paling sesuai tp dah slalu sangat dan ni watak muda. Pikir2 balik, em memang susah nak cari pelakon yang tak rosakkan filem ni so ok la ambil Lisa sebab Lisa pandai berlakon.
Beto – ini adalah paling macho dalam filem ni. Watak cam ayam2 je tapi dia buat semua orang seronok tonton filem ni. Dia buat kita rasa orang lain takkan boleh pegang watak itu. Paling suka part sengih dia dengan ‘teman’ dia, and then bila dia berdiri mesti nak bengkok bagai…sesuai sangat la. Kalau xde dia mungkin xbest filem neh.
Gambar dan pemandangan filem ni sangat cantik dan best. Filem memanglah tak patut bergantung pada pemandangan n latar je tapi kalau dah cantik tu memang satu point tambahan la kan.
Ada satu babak yang menyindir di sini iaitu:
Tomok : Jangan la peluk I kat sini
Lisa : Eh, ape plak. Biasa kat KL ok je kita peluk2….
Tomok : Yela, tapi Istanbul sini orang pandang. Lagipun ni kan Negara Islam.
Ha, Nampak tak permainan dia disitu….. lg satu babak tersirat ialah time pengemis doa untuk makanan tu…tu tengok sendiri lah nanti..
Apa yang kureng filem ni?
Selepas Pisau Cukur (arahan Bernard juga), ini adalah satu lagi filem dimana ada topic Gay diutarakan. Apakah isi tersiratnya di sini? Hehe….takpe tu bagi dak2 fakulti filem yang analisis…
Filem Gol n Gincu, Pisau Cukur dan Istanbul Aku Datang….sangat la ketara persamaan diantara ketiga2 filem ni…I wonder adakah next filem RedFilms akan buat something yang berbeza…
Filem ni best kot tengok dengan pasangan….juga sekumpulan gadis2 akan seronok tengok filem ni…tapi sekumpulan laki2 akan tengok filem ni? Nahh…tak mungkin…Nampak keji kot disitu….haha..
Kesimpulan, boleh kata ini adalah filem yang bagus dan sebenarnya berbaloi la untuk ditonton dipanggung wayang. Bukanlah awesome sangat tp akan diingati sebagai filem yang baik berbanding filem2 merepek yang lain.
0 ulasan: